Tuesday, February 10, 2009

Episod Pasca - 8

Beberapa hari sebelum AidilFitri…Adzrin ade menghubungi aku dan tanye sama ada aku ade any lagu lagi untuk dia dengar. Adzrin nak tambah satu lagi lagu dalam mini album dia. Adzrin ada nyatakan yang dia nak sebuah lagu yang simple, catchy, mood lagu ade happy dan pada masa yang sama sedih…dan berentak 60 an..

So..aku cakap kat Adzrin…I’ll try my best laa to propose a new song dalam 2 or 3 hari..and pada malam tu jugak…aku sit down dalam my home studio and start brainstorming for the melody. Lagu ni mmg tailored for Adzrin and dibuat based on dia punya vocal range..so..senang bila tau vocal range sesorang singer..memudah kerja composer..

So..bikin punya bikin…and yg aku sedar..jam dah pukul 5 AM (time untuk bersahur..sebab ni masa bulan posa)..aku telah pun menyiapkan sebuah lagu baru untuk Adzrin…dengan pantas aku buat backup dahulu…dan terus e-mail kat Adzrin (mp3 file) untuk dia dengar..

Sempat laa aku tido dalam 1 jam..bila sampai opis dalam kol 9 am…aku dapat SMS drp Adzrin “Lagu Best! Jadi amik!”

Yey! Alhamdulillah…so..skrng..lagu dah ok..tapi lirik takde…so..aku approach laa Sulu Sarawak (SMS) and dia setuju to pen in lirik..and aku cakap kat Adzrin ..dlm 2 / 3 hari kita akan submit the lirik pulak..

Pujaan Malaya…itulah tajuk lagu yang telah diberikan oleh Sulu Sarawak ke atas lagu baru ni…bila aku terlihat saja tajuk Pujaan Malaya, aku terus terfikir…’catchy gak tajuk lagu ni’ dan lantas membuatkan aku berfikir sejenak dan takut sekiranya melody dan susunan lagu yg aku buat tidak se catchy tajuk lagu ini…tapi…dicobak yaa dulu..

Beberapa penyesuaian telah dibuat dan atas consent Sulu Sarawak juga, Adzrin juga telah memberikan beberapa input as bait-bait lirik untuk lagu ini…dan hasilnya memang malatop!

So..lagu aku yg bertajuk PUJAAN MALAYA (ciptaan Fazo dan Lirik oleh Adzrin Adzhar / Sulu Sarawak) akan dimuatkan dalam mini album Adzrin ini.

So, proses rakaman lagu dilakukan selepas Aidil Fitri 2008.

No comments:

Post a Comment