Thursday, August 20, 2009

Episod 12 - Present Tense

Episod 12 - Present Tense

Bertemu kita sekali lagi dalam laman blog fazo-mymusicaljourney.blogspot.com setelah sekian lama menyepi...huhuh....aku menyepi sebab tiada sebarang perkembangan yang signifikasi untuk dikongsi dengan kalian semua...maka lebih baiklaah menyepi tapi berisi...uhuhuhuh..

ok...ada beberapa perkembangan dalam perjalanan muzik aku since my last update (laama betol tak update)...antaranyaa adalah aku telah pun sign up dengan Warner Chappell Music Malaysia sebagai publisher aku untuk lagu "Pujaan Malaya". Lagu ini belum berada dipasaran dan pihak produksi menganggarkan pelancarannya dalam tahun ini.

Selain daripada lagu "Pujaan Malaya", 2 lagi lagu aku telah berjaya mendapat tempat dalam album penyanyi tanah air. Lagu bertajuk "Berakhir Janji" hasil ciptaan aku dan lirik oleh Sulu Sarawak akan dimuatkan dalam album penyanyi wanita baru yang berasal dari Negeri di bawah bayu (Sabah)...nama komersialnya WIWIE DAUNAH http://wiwie-daunah.blogspot.com/2009/04/wiwie-daunah26-seorang-penyanyi.html
Beliau telah pun melancarkan album single yang bertajuk "Memori Abadi" dan sedang merakamkan lagu-lagu untuk dimuatkan dalam mini albumnya tidak lama lagi. Lagu "Berakhir Janji" mampu menonjolkan kekuatan vokal Wiwie kerana komposisi melodi lagu ini agak besar dan touching. All the best to Wiwie & thanks for selecting my song (satu je kerrr? ehhehehe)

Lagu seterusnya yang mendapat tempat dalam album tempatan bertajuk "Gemersik Illahi". Lirik lagu ini berkonsepkan ketuhanan abadi yang amat sesuai dimainkan sepanjang masa. More update will be published apabila album ni dilancarkan pada 1 September 2009 kelak.

Sekian dahulu...berjumpa di hari yang lain dan di waktu yang lain :)