Tuesday, February 10, 2009

Episod Pasca – 11

Noradz Open House at PWTC on 25 October 2008







Antara bait-bait persembahan Adzrin untuk lagu Pujaan Malaya

Pada tanggal 25 Oct 2008...bertempat di Dewan Merdeka, PWTC kumpulan Noradz telah mengadakan majlis rumah terbuka...dan Adzrin sebagai salah seorang label artis dibawah naungan Noradz Production telah membuat persembahan pada malam tersebut bersama2x artis tempatan yg lain seperti Jac Victor, Saiful Apek, Team Pi Mai Tang Tu, Nabil (Raja Lawak), Angah (Raja Lawak), Amy Search & Ramli Sarip. Adzrin telah menyanyikan dua lagu daripada mini album pertamanya iaitu Budak Kampung dan Pujaan Malaya ciptaan aku. Macam tak percaya bila dapat mendengar lagu Pujaan Malaya berkumandang di Dewan Merdeka PWTC pada malam tu...apa yg aku dpt katakan I'm blessed.

Episod Pasca - 10

The Making of GILA (phase 2) & PUJAAN MALAYA



Adzrin - ready to record Pujaan Malaya


Bertemu kembali dlm secebis kisah My Musical Journey..selepas AidilFitri 2008…..kita telah dapat menyiapkan drum track dan bass untuk kedua2x lagu…GILA dan my first baby PUJAAN MALAYA.

So, Sessi pada sebelah petang bermula pada pukul 3:00 PM dan berakhir pada pukul 6:30 PM. Kudos to my sessionist drum dan bass sebab walaupun depa ni kira label as amatur, tapi skill bagus banget..tak banyak masalah….siap si drummer nak mintak main lagi lagu Pujaan Malaya sebab drum beat yang catchy (catchy kerr???) bagus jugak sebab aku ajak depa ni rehearse kat Galery Guitar studio depan Ampang Point tu malam sebelumnya untuk confirmkan drum pattern yg kita nak guna pakai waktu recording..pada belah petang ni..aku punya fotografer (drp majalah Mempelam sedare Blek tak hadir..ponteng keje..huhuh).


Sebelah malam pula…kita buat sessi recording vocal untuk kedua2x lagu ni..untuk lagu pertama...GILA kita amik masa dlm sejam setengah untuk mendapatkan mood yg betul2x ummph..banyak emotion untuk lagu ni..tu yg sushaah sket…dan untuk lagu kedua PUJAAN MALAYA (lagu yg aku bikin) amik masa dlm setengah jam je untuk settle..huhuh….bagus jugak sebab 3 hari sebelum tu…kita ada buat sessi rehearsel kat my home studio untuk lagu ni..so..tu yg bleh cepat siap..


Executive producer Noradz Production, Puan Fazreen Wahab pun ade malam tu..dan pada 25 Oct Noradz Group akan buat open house kat Dewan Merdeka PWTC (expected to be around 7 to 8k ppl) and aku terkejut bila the producer kata dia nak Adzrin (the singer) to sing this song Pujaan Malaya on the event. WOW! Aku tergamam..speecheless..sebab ni peluang besar…sebab mostly all press akan hadir…it’s either good feedback ot bad…berserah aje laa…tapi so far those yg dah dengar lagu PUJAAN MALAYA ni akan kata…aikkk dah abiss? Nak dengar lagi..? huhuhu…means…it’s a good sign..

next...some coverage during Noradz Open House at PWTC on 25 Oct 2008.

Episod Pasca - 9

The making of GILA - phase 1




Adzrin - at recording














Studio owner, Nash Backslash at work


28 September 2008…at 2 PM…rakaman drum track bermula…..antara ala musik yang lain bakal digunakan adalah gitar bass, gitar electric, percussion…so..ni yang live instruments…
Untuk pre-recorded instrument …macam bunyi piano, violin, pizzicato strings, some sounf effect…ini semua akan direkodkan terlebih dahulu..
Macam biasalah..plan kol 2 PM…last2x kol 3 lebih baru start recording…Blek Dwi pun datang untuk merakamkan event sepanjang recording…so..berikut adalah turutan peristiwa sepanjang rakaman lagu GILA ni….di BandShop Studio, Taman Melawati ownded by a talented young audio engineer is Nash Backslash.

2:00 PM to 3:00 PM – masa menunggu sessionist2x & sound engineer…masa ni dihabiskan dgn Blek depan studio lot dengan berborak sebab nak minum tak buleh..huhuh..masa tengah berborak..Poe (budak matrik UUM Kulim) pun lalu kat area situ sebab nak cuci kete..eheh..sambil musykil apa yg kitaorang buat..ehhee

3:00 PM – 3:15 PM – sessionist aku pun dah sampai..drummer dgn bassist…so tengah tunggu sound engineer jee lagi…

3:15 PM – 3:30 PM - drummer and bassist sedang mengetest apa2x yang patut…sebagai sessi warm up..dan sound engineer prepare untuk dapatkan sound drums for recording…

3:30 PM – 4:30 PM – rakaman drum track bermula…Ratno as drummer telah memberikan idea dan kerja yang memuaskan untuk sessi rakaaman drum tracks.

4:30 PM – 5:00 PM – rakaman untuk bass gitar bermula…Budin bermain agak smooth sebab dia telah buat homework yang secukupnyaa sebelum recording. So..setengah jam..settle.

5:00 PM – 6:00 PM – plan to rakam track electric guitar…tapi memandangkan ade masalah teknikal dengan gitar…jadi kita postpone selepas raya.

6:00 PM – Session ditangguhkan ke sebelah malam pada pukul 10 PM untuk vocal recording.

10:00 PM – Adzrin Adzhar tiba bersama suami. Sessi perbincangan dimulakan untuk lagu GILA. Beberapa penyesuaian diambil untuk mendapatkan kesan yang lebih mendalam terhadap lagu ini.

10:30 PM – Sessi rakaman vocal bermula. Inilah track yang paling susah nak direkodkan. Masalah pitching tak laah ketara sangat..a bit flat..and sharp…tapi more on the mood and energy and dinamik of the vocal yg kita cuba dapatkan. Alhamdulillah, sessi vocal tamat pada jam 1:00 AM.

1:00 AM – 1:30 AM – Sessi post mortem. Beberapa pengubahsuaian akan diambil untuk menjadikan lagu lebih Ummmph! Heeeheheh..dan kita akan mengadakan sessi rakaman fasa kedua selepas raya pada 11 Oct 2008.

Terima kasih kepada Blek Dwi (drp Majalah Mempelam..acah jerr) yg telah merakamkan affidavit sepanjang pembikinan lagu GILA fasa pertama ini.

Selamat Hari Raya 2008 di mana jua anda beraya!

Episod Pasca - 8

Beberapa hari sebelum AidilFitri…Adzrin ade menghubungi aku dan tanye sama ada aku ade any lagu lagi untuk dia dengar. Adzrin nak tambah satu lagi lagu dalam mini album dia. Adzrin ada nyatakan yang dia nak sebuah lagu yang simple, catchy, mood lagu ade happy dan pada masa yang sama sedih…dan berentak 60 an..

So..aku cakap kat Adzrin…I’ll try my best laa to propose a new song dalam 2 or 3 hari..and pada malam tu jugak…aku sit down dalam my home studio and start brainstorming for the melody. Lagu ni mmg tailored for Adzrin and dibuat based on dia punya vocal range..so..senang bila tau vocal range sesorang singer..memudah kerja composer..

So..bikin punya bikin…and yg aku sedar..jam dah pukul 5 AM (time untuk bersahur..sebab ni masa bulan posa)..aku telah pun menyiapkan sebuah lagu baru untuk Adzrin…dengan pantas aku buat backup dahulu…dan terus e-mail kat Adzrin (mp3 file) untuk dia dengar..

Sempat laa aku tido dalam 1 jam..bila sampai opis dalam kol 9 am…aku dapat SMS drp Adzrin “Lagu Best! Jadi amik!”

Yey! Alhamdulillah…so..skrng..lagu dah ok..tapi lirik takde…so..aku approach laa Sulu Sarawak (SMS) and dia setuju to pen in lirik..and aku cakap kat Adzrin ..dlm 2 / 3 hari kita akan submit the lirik pulak..

Pujaan Malaya…itulah tajuk lagu yang telah diberikan oleh Sulu Sarawak ke atas lagu baru ni…bila aku terlihat saja tajuk Pujaan Malaya, aku terus terfikir…’catchy gak tajuk lagu ni’ dan lantas membuatkan aku berfikir sejenak dan takut sekiranya melody dan susunan lagu yg aku buat tidak se catchy tajuk lagu ini…tapi…dicobak yaa dulu..

Beberapa penyesuaian telah dibuat dan atas consent Sulu Sarawak juga, Adzrin juga telah memberikan beberapa input as bait-bait lirik untuk lagu ini…dan hasilnya memang malatop!

So..lagu aku yg bertajuk PUJAAN MALAYA (ciptaan Fazo dan Lirik oleh Adzrin Adzhar / Sulu Sarawak) akan dimuatkan dalam mini album Adzrin ini.

So, proses rakaman lagu dilakukan selepas Aidil Fitri 2008.

Episod Pasca - 7















Penerimaan music score lagu Gila oleh Puan Siti Hajar
















Sesi Rehearsal Choir di PROVOIZ office, Ampang Jaya

Berbalik kepada cerita artis baru Adzrin Adzhar ni…untuk lagu GILA ni…kita akan menggunakan khidmat vocal consultant Cikgu Siti Hajar (SH) untuk membuat susunan bunyi koir untuk disesuaikan dalam lagu ni…beliau bersetuju untuk bekerja sama…elemen koir bertujuan untuk memantapkan lagi impak terhadap lagu ini..dah kita telah bersetuju untuk menggunakan khidmat tenaga koir daripada Puan Siti Hajar (Provoiz team) untuk menyumbangkan susunan koir untuk lagu ini.

So..hari Sabtu 13 Sept 2008, satu sessi telah diadakan dgn SH betempat di pejabat nya PROVOIZ. Simple, humble dan tak lokek ilmu cikgu SH ni. Sebab, kalau dia banyak sentuh tentang susunan melody yg telah dibuat, mana yg dia rasa lemah etc etc…walaupun dia tak sepatutnya komen on bende itu…tapi sebab jiwa seni dan sikap prihatin dia mmg tebal…diiia sentuh juga aspek2x tersebut…atas tanggung jawap social laa kan…bagus sebab dia bukannnya amik job saja tanpa pedulikan material tu ok ke tak…dari segi etika …baguslaa….

Susunan koir yang dibuat oleh Provoiz team digubah semula untuk disesuaikan dengan lagu Gila.

Episod Pasca – 6

Selama 2 bulan.….aku dok pulun buat demo song …completekan arrangement here and there…tanya sana sini…termasuk portal punya resource…last2x Nisaa (member x UUM) kasi kenalan sekerja dia di Matrade, Adzrin to help to do demo song…masa tu aku tak tau laa pulak yg dia ni bakal artis yg akan keluar mini album soon..end of this year…so..aku dgn tak malunya tanyalaa boleh ke kalau nak mintak tolong record my demo song…lepas aku citer serba ringkas yg Nisa yg intro dia pasal demo song ni…dia pun kata …no problemo..wahh!bagus banget…Cuma nak arrange masa yg sesuai untuk recording laa…so..aku pun bagilah satu persatu…untuk dia dengar and record nanti…selang 2-3 hari lepas tu..aku dpt sms frm Adzrin bertanyakan samada aku boleh buat muzik arrangement untuk lagu yg dia cipta dgn lirik yg dia tulis…then aku rase masa tu..macam rejeki dating bergolek jeww…alhamdulillah..atas kurniaan rejeki detik hatiku…aku akan cuba yang terbaik disebabkan ini adalah kerja produksi yang ulung2x kali bagi aku….Terima kasih kepada Nisa yg telah membuka jalan…dan Adzrin yang memberi perluang sulung macam ni..



Aku amik masa selama 2 / 3 hari untuk mendapat mood lagu ni…it’s a slow number…konsep ala-ala 50’s…tapi tajuk lagu GILA…mengisahkan seorang dara yang kehilangan kekasih…hidup tak keruan..etc etc etc…

Selama seminggu aku godek gali lagu ni…tiap2x hari dok dengar rakaman suara (raw) yg Adzrin buat via henfon dia…akhirnyaa…setelah seminggu..barulah aku dapat menyiapkan first draft susunan lagu GILA ni…

Lantas aku segera menyiapkan music programming via Sonar untuk raw version lagu GILA ni..untuk diberikan kepada Adzrin…2 weeks selepas itu…minggu2x terakhir nak start puasa…barulah Adzrin berkesempatan untuk membuat vocal recording untuk lagu GILA. Dalam masa yang sama, kami juga sempat merakamkan satu lagu baru yang bertajuk BERSAMA (ciptaan Sulu Sarawak / Fazo : Lirik Sulu Sarawak – lagu ni belum dapat dijual..kalau ade sesapa yang interested)



Bersambung…

Episod Pasca - 5

Pada pertengahan 2007 , aku telah membuat keputusan untuk kembali bekerja di Malaysia. Setelah kembali ke tanah air..aku mulakan balik seni komposisi muzik yang telah agak lama aku tinggalkan..ternyata seni itu agak luntur…agak susah untuk aku berkarya setelah berhenti sekian lama…namun aku teruskan juga usaha…

Dec 2007, bersama Hazrul membuat persediaan untuk persembahan pada majlis reunion yg telah kita adakan di KLGCC. Bersama rakan2x, kita membuat persembahan berupa unplugged. Teringat kembali event masa di UUM walaupun band member hanya aku dgn Hazrul sahaja. Setidak-tidaknya, persembahan pentas ini telah sedikit sebanyak menyuntik semangat aku untuk kembali berkarya semula..

Sehingga pada bulan July 2008, aku telah sent satu e-mail ke Fedtri Yahya. Untuk yg tidak mengetahui, beliau adalah penyampai TV3 dan juga merupakan seorang penulis lirik yang disegani. Aku bertanyakan soalan samada beliau ingin mencuba menulis lirik lagu2x ciptaan aku..dan lantas beliau menjawap boleh..sila e-mail kpd saya.

Selang beberapa hari selepas itu, beliau menelefon dan memberitahu bahawa jadual beliau agak sibuk dan telah mencadangkan agar hasil karya aku ni ditulis oleh rakan penulis lirik juga iaiti Sulu Sarawak. Kepada yang tidak mengetahui, Sulu merupakan penulis lirik yang agak baru, akan tetapi hasil tulisan beliaulah yang telah menyumbang kepada kemenangan lagu Izinkan Ku Pergi. Setakat ini, sebanyak 11 lagu ciptaan aku telah ditulis lirik oleh Sulu Sarawak. Dan bermulalah episode baru….pencarian demo singer…to be continued…

Episod Pasca – 4

Dan aku pun mulalaa tercari-cari macam mane nak recordkan music yang aku buat dalam bentuk midi dan seterusnya ke audio (mp3 or wav). Cari punya cari punya carik…last2x jumpa gak laa…so aku pun mulalaah berjinak-jinak dengan komposisi muzik…
Pada mulanya..agak sukar juga pabila hendak mengeluarkan bait-bait melody daripada hati ke otak ke tangan untuk direkodkan...tapi aku tak mudah berputus asa…lantas meneruskan kerja2x komposisi lagu seperti biasa…semakin banyak dalam koleksi jukebox aku..namun tidak ada satu pun yang boleh dijual lagi….mungkin tidak cukup bagus yaa…seingat aku….tak apalah ..belum rejeki lagi kot..

Aku juga telah memberikan lagu2x ciptaan ke Trabye…untuk yg tidak tahu…Trabye atau nama sebenar Raja Maha Faizal merupakan junior setahun UUM kita…menerusi Wan Shamril a.k.a Awea…aku cuba untuk berkolaborasi dengan Trabye…beliau pun cuba untuk menjual melodi2x ciptaan aku..namun..rejeki belum sampai…

Aku teruskan juga lagi usaha untuk menembusi industri muzik tanahair…dan pada tahun 2004/2005, aku kenal seorang DJ KLFM, Zulastri yang juge merupakan pekerja Celcom. Pada masa itu, company aku terllibat secara langsung dengan Celcom untuk prepaid infrastructure. Menerusi Zulastri, beberapa jingles yang aku bikin, telah mendapat airtime semasa beliau jaga konti. Beberapa jingles yang aku buat pernah berkumandang dicorong radio beberapa kali. Aku pernah diundang ke konti KLFM atas undangan Zulastri untuk membicarakan perihal penglibatan composer baru dalam arena muzik tanahair. Segmen belah malam drp pukul 1 AM hingga 3 AM. Satu pengalaman yang aku tak akan lupakan sampai bila2x..heheh….namun rejeki aku setakat sampai disitu sahaja…aktiviti seni aku tidak bercambah…belum rejeki gamaknyee…

Dalam tahun 2006, aku mendapat peluang yang aku kira agak baik..kerana dapat berhubung sama Adibah Noor. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan peluang agar aku berkarya dengan lebih baik lagi dalam penciptaan lagu.  Terima kasih kak Diba atas galakan dan panduan yang diberikan…

Tahun 2007 pula merupakan tahun mandom aku dalam aktiviti komposisi muzik kerana sebagai projek engineer dgn French company, aku diperlukan untuk travel extensively ke pelbagai destinasi tapak projek dan kebanyakannya Negara dunia ke-3 seperti Madagascar (I like to move it move it), Algeria etc etc.. the best part was spending 1 month plus in France and aku terpaksa beraya di sana..nasib baik bini ikut…huhuhu…so..memang tiada komposisi muzik baru dihasilkan sepanjang 2007.

Episod Pasca - 3

Masa matrik pulak…..aaa….aku kene admit yg UUM gak laa yg membakar kembali naluri muzik aku yang masa tu agak suam2x kuku kambing…aku ingat lagi….masa 2nd year matrik….masa tu turtle laa carik orang main keyboard…sbb aku penah citer kat dia laaa masa borak2x ade main muzik gitu2x…so…masa tu dia tengah nak form band members untuk perform kat majlis anak angkat UUM yang berlangsung kat Alor Setar…kat dewan sekolah apa nama ntah..tak hengat…masa tu main lagu apa ehh…kalau tak silap lagu Oh Ibu – Exist sebab nak sesuaikan dengan tema majlis…yang lain tak ingat…oh yaa…original line up band yg aku join adalah seperti berikut : Turtle (singer), awea (drummer), amaw (bassist), lounge (guitarist), aku (keyboard) dan hazrul (rhythm guitar)
Selepas itu event…banyak lagi laa event2x semasa matrik yang band kami main..antaranyaa Malam Sukan Intervarsity…masa ni Cemat nyanyi lagu apa ntah…
pas tu Malam Graduasi Matrik, open day Matrik. Etc etc..
Pendek kata…semua event ni sudah kasi petik aku punya semangat laa dalam muzik.

Begitu juge sewaktu degree…waalaupun aktiviti muzik kembali suam2x kuku…aku teruskan jugek layan kat bilik kediaman dengan bermain gitar kapok…

Sama seperti semasa cuti sekolah rendah, aku memenuhi undangan kenduri2x kawin yang diadakan di kampongku. Sehinggalah aku telah bekerja pada tahun 1997 dan berkahwin pada 1998. Mulai dari hari itu, aktiviti muzik aku semakin hari semakin merundum. Ade jugak terfikir nak kontek balik kengkawan band tapi apakan daya nomot mereka tiada dalam simpanan. Aku pun terkontang kanting laa tidak berbuat apa-2x dan hanya membiarkan masa beralu.

Tik!tok!tik!tok! begitu pantas masa berlalu..dah pun tahun ke 3 aku bekerja. Pada tahun 2003, semasa aku pulang ke kampong halaman di Sekinchan, aku secara tidak sengaja telah menjumpai semula keyboard PSR-100 laama aku tu. Punya gumbira sebab banyak nostalgia drp keyboard ini.Aku pun membuat keputusan untuk membawa pulang ke KL.

Selama seminggu jugeklaa aku dok layan itu keyboard yang banyak meninggalkan seribu kenangan. Masuk minggu ke-2, aku tak tahan sangat dan menyuarakan keinginanku untuk memberi sebuah keyboard yang tidak terlalu mahal tetapi mempunyai fungsi2x sokongan yang aku perlukan. Lantas, aku pun belilah sebuah keyboard jenama MEDLEY drp BENTLEY, BB.

Bermula dari tahun 2003, aku mula berjinak2x dlam bidang penciptaan lagu berbekalkan ilmu yang tidak tinggi mana pun….to be continued

Episod Pasca - 2



Semenjak aku dpt keyboard Yamaha PSR-100 tu…aku mmg takde keroje lain..pagi petang siang malam dok main menatang tu…yelah..masa tu darjah 6 honeymoon year maa…exjam dah abiss..masa darjah 5..huhuhu…aku panjangkan minat aku ni main muzik ni…dengan masuk kelas main pinano..so..selama 6 bulan..aku sempat laa abis Grade 1…

Nak dijadikan citer…tup tup…aku dapat masuk sekolah berasmara pulak..opss..silap..berasrama kat Kajang…jadinyaa semenjak hari itu..dah nama pun dok asrama….macam mana nak sambung kelas muzik..jadinyaa aku terpaksa laa kenselkan kelas tu…cikgu yang ngajor aku tu macam agak hampa sikit …yelaah duit sulah kurang wooo….wakakakka

Jadinyaa aktiviti seni aku agak terbantut semenjak aku masuk sekolah menengah…bila balik kampong masa cuti sekolah…dan kebetulan pulak ade kenduri kahwin…ehehe..ada jugak mendapat kondangan..eh bukan undangan untuk bermain keyboard…wakaak…lawak2x…selalunya time kol 10 AM to 1PM sebelum pengantin datang…dan selepas makan kol 2PM sampai pukul 4PM…entah apa2x yang aku main…belasyahh!

Ade sekali tu..lepas SRP…aku ikut pakcik aku meniaga sos tiram..kilang dia kat Sijangkang, Klang. So..adelah sekali tu..derang bukak booth kat RTM..sebab ade open day…jadi aku pun tolong jaga kedai laa…boring jaga kedai…aku pusing2x laa RTM tu..tengok gerai lain apa ada…sampai laa aku terjumpa dengan satu gerai alat muzik YAMAHA…WOW! kata aku dalam hati…masa tu..YAMAHA punya barang kira gempak giller laa…tak hengat punya…aku pun mula laa menghampiri gerai tu…memula usher dari jauh…pastu ..dari belah kiri pulak…pastu..makin rapat…sampai laa..aku pun tak tau yang aku dah duduk kat itu organ (yang 2 tingkat tu) dan salesman tu dengas pantas ON kan itu barang dan kata jangan malu2x…awak boleh cuba. WOW! detik aku dalam hati…seriousss ke ni? Aku pun mulaa laa..pikior lagu apa nak bawak…kira rase macam mini konsert lak..wakkaka..

Entah macam mana aku ingat masa tu lagi Shidee Sayang Semuanya Sudah Terlambat tengah top kat radio..wakakak..aku pun lenjan laa itu lagu….kira masa tu..aku macam syok sendiri laa…aku tak tengok kelilin pun…dok llayan…belakang bila abiss jee…beberapa tepukan kedengaran …dan disusuli dengan yang lain…ADOIIIYAAIII! malu gua donk! Rupa2xnyaa orang yang ade kat gerai tu..dok dengar aku main lagu tu sampai habis….dan kelihatan di satu sudut DJ M.Amin masa tu..mengangguk2x…wakakka…aku terus beredar…ke gerai pakcik aku…bila pakcik aku Tanya…aku kata alaa....lepak jap tadi...

Selepas itu..aktiviti seni aku masih lagu terbantut sehinggalah aku masuk matrik UUM….to be continued….

Episod Pasca - 1

Tudung periuk…tudung periukkk…pandai menyanyi

aaa…kalau korang nak tau..inilah lagu yg opah aku dok nyanyi kat aku masa kecik2x dulu…sambil buaikan aku…ni diceritakan kat aku bila dah besar laa..of coz aku tak hengat apa yg aku lalui masa kecik2x dulu kan…maybe naluri muzik itu sudah tersemat (bukan cemat…comat pun bukan) sejak dari bayi lagi..pernah opah aku kata…masa umoq setahun lebih…kadangkalaa aku terikut-ikut untuk membunyikan melodi lagu tudung periuk tu…dan kadangkala aku membunyikan sendiri melodi lagu tersebut sesuka hati aku..pada bila2x masa…
Aku tak bleh laa nak recall semua peristiwa yg aku lalui masa kecik dulu tapi yang aku ingat masa jaman sekolah rendah…masa tu bapak aku..jadi cikgu muzik (siap dapat gitar gomen free satu..wakkaka ade lagi kat kampong)…so..aku semakin membuak-buak laa untuk mendalami lagi bidang ni..masa tu dalam darjah 1 ke 2 kot..
Recorder (bukan alat perakam) dan jugek keyboard yang pakai tiup-tiup ala-ala accordion tu laa yg menjadi mainan aku bila bapaak aku balik sekolah…dok tekan sana sini..tiup sana sini..sampai kene marah..wakkaakak…namun aku tak berputus asa…
Masa aku darjah 5 kot…aku curik2x amik buku2x muzik bapak aku…cuba belajar…tapi tak paham2x…sampailaa pada suatu hari ..aku kantoi sama bapak aku…
Opsss! I did it again! Bapak aku pun terpaksa mengajor aku yg bengap ni..tentang asas2x muzik…
So…lepas Penilaian Darjah 5 dpt good result…aku dapat laa hadiah keyboard Yamaha PSR 100 (sampai sekarang ada lagi keyboard ni) huhuh…and lagu pertama yang aku dapat main adalah lagu…ahahah..korang jangan gelak eh..lagunyaa adalah Abang Beca
Hehehehehhehe…nanti aku sambung episode yang seterusnya…