Tuesday, February 10, 2009

Episod Pasca - 5

Pada pertengahan 2007 , aku telah membuat keputusan untuk kembali bekerja di Malaysia. Setelah kembali ke tanah air..aku mulakan balik seni komposisi muzik yang telah agak lama aku tinggalkan..ternyata seni itu agak luntur…agak susah untuk aku berkarya setelah berhenti sekian lama…namun aku teruskan juga usaha…

Dec 2007, bersama Hazrul membuat persediaan untuk persembahan pada majlis reunion yg telah kita adakan di KLGCC. Bersama rakan2x, kita membuat persembahan berupa unplugged. Teringat kembali event masa di UUM walaupun band member hanya aku dgn Hazrul sahaja. Setidak-tidaknya, persembahan pentas ini telah sedikit sebanyak menyuntik semangat aku untuk kembali berkarya semula..

Sehingga pada bulan July 2008, aku telah sent satu e-mail ke Fedtri Yahya. Untuk yg tidak mengetahui, beliau adalah penyampai TV3 dan juga merupakan seorang penulis lirik yang disegani. Aku bertanyakan soalan samada beliau ingin mencuba menulis lirik lagu2x ciptaan aku..dan lantas beliau menjawap boleh..sila e-mail kpd saya.

Selang beberapa hari selepas itu, beliau menelefon dan memberitahu bahawa jadual beliau agak sibuk dan telah mencadangkan agar hasil karya aku ni ditulis oleh rakan penulis lirik juga iaiti Sulu Sarawak. Kepada yang tidak mengetahui, Sulu merupakan penulis lirik yang agak baru, akan tetapi hasil tulisan beliaulah yang telah menyumbang kepada kemenangan lagu Izinkan Ku Pergi. Setakat ini, sebanyak 11 lagu ciptaan aku telah ditulis lirik oleh Sulu Sarawak. Dan bermulalah episode baru….pencarian demo singer…to be continued…

No comments:

Post a Comment