Tuesday, February 10, 2009

Episod Pasca – 4

Dan aku pun mulalaa tercari-cari macam mane nak recordkan music yang aku buat dalam bentuk midi dan seterusnya ke audio (mp3 or wav). Cari punya cari punya carik…last2x jumpa gak laa…so aku pun mulalaah berjinak-jinak dengan komposisi muzik…
Pada mulanya..agak sukar juga pabila hendak mengeluarkan bait-bait melody daripada hati ke otak ke tangan untuk direkodkan...tapi aku tak mudah berputus asa…lantas meneruskan kerja2x komposisi lagu seperti biasa…semakin banyak dalam koleksi jukebox aku..namun tidak ada satu pun yang boleh dijual lagi….mungkin tidak cukup bagus yaa…seingat aku….tak apalah ..belum rejeki lagi kot..

Aku juga telah memberikan lagu2x ciptaan ke Trabye…untuk yg tidak tahu…Trabye atau nama sebenar Raja Maha Faizal merupakan junior setahun UUM kita…menerusi Wan Shamril a.k.a Awea…aku cuba untuk berkolaborasi dengan Trabye…beliau pun cuba untuk menjual melodi2x ciptaan aku..namun..rejeki belum sampai…

Aku teruskan juga lagi usaha untuk menembusi industri muzik tanahair…dan pada tahun 2004/2005, aku kenal seorang DJ KLFM, Zulastri yang juge merupakan pekerja Celcom. Pada masa itu, company aku terllibat secara langsung dengan Celcom untuk prepaid infrastructure. Menerusi Zulastri, beberapa jingles yang aku bikin, telah mendapat airtime semasa beliau jaga konti. Beberapa jingles yang aku buat pernah berkumandang dicorong radio beberapa kali. Aku pernah diundang ke konti KLFM atas undangan Zulastri untuk membicarakan perihal penglibatan composer baru dalam arena muzik tanahair. Segmen belah malam drp pukul 1 AM hingga 3 AM. Satu pengalaman yang aku tak akan lupakan sampai bila2x..heheh….namun rejeki aku setakat sampai disitu sahaja…aktiviti seni aku tidak bercambah…belum rejeki gamaknyee…

Dalam tahun 2006, aku mendapat peluang yang aku kira agak baik..kerana dapat berhubung sama Adibah Noor. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan peluang agar aku berkarya dengan lebih baik lagi dalam penciptaan lagu.  Terima kasih kak Diba atas galakan dan panduan yang diberikan…

Tahun 2007 pula merupakan tahun mandom aku dalam aktiviti komposisi muzik kerana sebagai projek engineer dgn French company, aku diperlukan untuk travel extensively ke pelbagai destinasi tapak projek dan kebanyakannya Negara dunia ke-3 seperti Madagascar (I like to move it move it), Algeria etc etc.. the best part was spending 1 month plus in France and aku terpaksa beraya di sana..nasib baik bini ikut…huhuhu…so..memang tiada komposisi muzik baru dihasilkan sepanjang 2007.

No comments:

Post a Comment