Tuesday, February 10, 2009

Episod Pasca - 3

Masa matrik pulak…..aaa….aku kene admit yg UUM gak laa yg membakar kembali naluri muzik aku yang masa tu agak suam2x kuku kambing…aku ingat lagi….masa 2nd year matrik….masa tu turtle laa carik orang main keyboard…sbb aku penah citer kat dia laaa masa borak2x ade main muzik gitu2x…so…masa tu dia tengah nak form band members untuk perform kat majlis anak angkat UUM yang berlangsung kat Alor Setar…kat dewan sekolah apa nama ntah..tak hengat…masa tu main lagu apa ehh…kalau tak silap lagu Oh Ibu – Exist sebab nak sesuaikan dengan tema majlis…yang lain tak ingat…oh yaa…original line up band yg aku join adalah seperti berikut : Turtle (singer), awea (drummer), amaw (bassist), lounge (guitarist), aku (keyboard) dan hazrul (rhythm guitar)
Selepas itu event…banyak lagi laa event2x semasa matrik yang band kami main..antaranyaa Malam Sukan Intervarsity…masa ni Cemat nyanyi lagu apa ntah…
pas tu Malam Graduasi Matrik, open day Matrik. Etc etc..
Pendek kata…semua event ni sudah kasi petik aku punya semangat laa dalam muzik.

Begitu juge sewaktu degree…waalaupun aktiviti muzik kembali suam2x kuku…aku teruskan jugek layan kat bilik kediaman dengan bermain gitar kapok…

Sama seperti semasa cuti sekolah rendah, aku memenuhi undangan kenduri2x kawin yang diadakan di kampongku. Sehinggalah aku telah bekerja pada tahun 1997 dan berkahwin pada 1998. Mulai dari hari itu, aktiviti muzik aku semakin hari semakin merundum. Ade jugak terfikir nak kontek balik kengkawan band tapi apakan daya nomot mereka tiada dalam simpanan. Aku pun terkontang kanting laa tidak berbuat apa-2x dan hanya membiarkan masa beralu.

Tik!tok!tik!tok! begitu pantas masa berlalu..dah pun tahun ke 3 aku bekerja. Pada tahun 2003, semasa aku pulang ke kampong halaman di Sekinchan, aku secara tidak sengaja telah menjumpai semula keyboard PSR-100 laama aku tu. Punya gumbira sebab banyak nostalgia drp keyboard ini.Aku pun membuat keputusan untuk membawa pulang ke KL.

Selama seminggu jugeklaa aku dok layan itu keyboard yang banyak meninggalkan seribu kenangan. Masuk minggu ke-2, aku tak tahan sangat dan menyuarakan keinginanku untuk memberi sebuah keyboard yang tidak terlalu mahal tetapi mempunyai fungsi2x sokongan yang aku perlukan. Lantas, aku pun belilah sebuah keyboard jenama MEDLEY drp BENTLEY, BB.

Bermula dari tahun 2003, aku mula berjinak2x dlam bidang penciptaan lagu berbekalkan ilmu yang tidak tinggi mana pun….to be continued

No comments:

Post a Comment