Tuesday, February 10, 2009

Episod Pasca - 2



Semenjak aku dpt keyboard Yamaha PSR-100 tu…aku mmg takde keroje lain..pagi petang siang malam dok main menatang tu…yelah..masa tu darjah 6 honeymoon year maa…exjam dah abiss..masa darjah 5..huhuhu…aku panjangkan minat aku ni main muzik ni…dengan masuk kelas main pinano..so..selama 6 bulan..aku sempat laa abis Grade 1…

Nak dijadikan citer…tup tup…aku dapat masuk sekolah berasmara pulak..opss..silap..berasrama kat Kajang…jadinyaa semenjak hari itu..dah nama pun dok asrama….macam mana nak sambung kelas muzik..jadinyaa aku terpaksa laa kenselkan kelas tu…cikgu yang ngajor aku tu macam agak hampa sikit …yelaah duit sulah kurang wooo….wakakakka

Jadinyaa aktiviti seni aku agak terbantut semenjak aku masuk sekolah menengah…bila balik kampong masa cuti sekolah…dan kebetulan pulak ade kenduri kahwin…ehehe..ada jugak mendapat kondangan..eh bukan undangan untuk bermain keyboard…wakaak…lawak2x…selalunya time kol 10 AM to 1PM sebelum pengantin datang…dan selepas makan kol 2PM sampai pukul 4PM…entah apa2x yang aku main…belasyahh!

Ade sekali tu..lepas SRP…aku ikut pakcik aku meniaga sos tiram..kilang dia kat Sijangkang, Klang. So..adelah sekali tu..derang bukak booth kat RTM..sebab ade open day…jadi aku pun tolong jaga kedai laa…boring jaga kedai…aku pusing2x laa RTM tu..tengok gerai lain apa ada…sampai laa aku terjumpa dengan satu gerai alat muzik YAMAHA…WOW! kata aku dalam hati…masa tu..YAMAHA punya barang kira gempak giller laa…tak hengat punya…aku pun mula laa menghampiri gerai tu…memula usher dari jauh…pastu ..dari belah kiri pulak…pastu..makin rapat…sampai laa..aku pun tak tau yang aku dah duduk kat itu organ (yang 2 tingkat tu) dan salesman tu dengas pantas ON kan itu barang dan kata jangan malu2x…awak boleh cuba. WOW! detik aku dalam hati…seriousss ke ni? Aku pun mulaa laa..pikior lagu apa nak bawak…kira rase macam mini konsert lak..wakkaka..

Entah macam mana aku ingat masa tu lagi Shidee Sayang Semuanya Sudah Terlambat tengah top kat radio..wakakak..aku pun lenjan laa itu lagu….kira masa tu..aku macam syok sendiri laa…aku tak tengok kelilin pun…dok llayan…belakang bila abiss jee…beberapa tepukan kedengaran …dan disusuli dengan yang lain…ADOIIIYAAIII! malu gua donk! Rupa2xnyaa orang yang ade kat gerai tu..dok dengar aku main lagu tu sampai habis….dan kelihatan di satu sudut DJ M.Amin masa tu..mengangguk2x…wakakka…aku terus beredar…ke gerai pakcik aku…bila pakcik aku Tanya…aku kata alaa....lepak jap tadi...

Selepas itu..aktiviti seni aku masih lagu terbantut sehinggalah aku masuk matrik UUM….to be continued….

No comments:

Post a Comment