Tuesday, February 10, 2009

Episod Pasca – 6

Selama 2 bulan.….aku dok pulun buat demo song …completekan arrangement here and there…tanya sana sini…termasuk portal punya resource…last2x Nisaa (member x UUM) kasi kenalan sekerja dia di Matrade, Adzrin to help to do demo song…masa tu aku tak tau laa pulak yg dia ni bakal artis yg akan keluar mini album soon..end of this year…so..aku dgn tak malunya tanyalaa boleh ke kalau nak mintak tolong record my demo song…lepas aku citer serba ringkas yg Nisa yg intro dia pasal demo song ni…dia pun kata …no problemo..wahh!bagus banget…Cuma nak arrange masa yg sesuai untuk recording laa…so..aku pun bagilah satu persatu…untuk dia dengar and record nanti…selang 2-3 hari lepas tu..aku dpt sms frm Adzrin bertanyakan samada aku boleh buat muzik arrangement untuk lagu yg dia cipta dgn lirik yg dia tulis…then aku rase masa tu..macam rejeki dating bergolek jeww…alhamdulillah..atas kurniaan rejeki detik hatiku…aku akan cuba yang terbaik disebabkan ini adalah kerja produksi yang ulung2x kali bagi aku….Terima kasih kepada Nisa yg telah membuka jalan…dan Adzrin yang memberi perluang sulung macam ni..



Aku amik masa selama 2 / 3 hari untuk mendapat mood lagu ni…it’s a slow number…konsep ala-ala 50’s…tapi tajuk lagu GILA…mengisahkan seorang dara yang kehilangan kekasih…hidup tak keruan..etc etc etc…

Selama seminggu aku godek gali lagu ni…tiap2x hari dok dengar rakaman suara (raw) yg Adzrin buat via henfon dia…akhirnyaa…setelah seminggu..barulah aku dapat menyiapkan first draft susunan lagu GILA ni…

Lantas aku segera menyiapkan music programming via Sonar untuk raw version lagu GILA ni..untuk diberikan kepada Adzrin…2 weeks selepas itu…minggu2x terakhir nak start puasa…barulah Adzrin berkesempatan untuk membuat vocal recording untuk lagu GILA. Dalam masa yang sama, kami juga sempat merakamkan satu lagu baru yang bertajuk BERSAMA (ciptaan Sulu Sarawak / Fazo : Lirik Sulu Sarawak – lagu ni belum dapat dijual..kalau ade sesapa yang interested)



Bersambung…

No comments:

Post a Comment