Monday, February 7, 2011

PUJAAN MALAYA @MUZIK MUZIK 26

terkini...aku bersyukur dan gumbira sebab lagu ciptaan aku "PUJAAN MALAYA" yang dinyanyikan oleh Adzrin Adzhar telah pun memasuki pencalonan baru Muzik Muzik 26 2011 pada 5 February yang lepas.

ini bagaikan satu mimpi yang tidak aku sangka ianya akan berlaku kerana sejak dari bangku sekolah lagi...dalam tahun 1986...aku dok tonton lagu lagu yang memasuki rancangan Muzik Muzik ini...dan pernah berangan laa dulu...kira angan angan mat jenin laa kata orang...

itulah..rezeki...tuhan je yang tahu ..bila rezeki masing2x akan tiba...yang penting uols semua kene usaha je laa...sebab rezeki tak datang bergolek..kene ada usaha dan kecekalan...aku dah melalui banyak kegagalan dalam penulisan lagu tapi akhirnya "PUJAAN MALAYA" membuktikan yang aku pun boleh! Uols pun boleh! Sesiapa sahaja boleh mencapai apa yang anda inginkan dengan syarat usaha tanpa jemu dan cekal / tabah sekiranya menempuhi kegagalan. Ingat....kegagalan adalah bagus untuk kita menjadi lebih baik daripada semalam dan sekiranya kita fikir yang kita sudah mencapai kemenangan....disitulah bermulanya kegagalan kita. Apa yang aku capai pada tahap ini..hanyalah kecil....dan aku jadikannya sebagai permulaan untuk 'my musical journey' yang tak ada penghujungnya.

terima kasih Adzrin Adzhar yang mempercayai bakat aku dalam penulisan lagu dan juga untuk susunan muzik lagu "PUJAAN MALAYA". terima kasih juga kepada Adzrin sekali lagi dan Sulu Sarawak yang telah menghasilkan sebuah lirik yang begitu indah, tepat dan 'catchy'. Maka terhasilah 'PUJAAN MALAYA".

berikut adalah beberapa scene yg diambil daripada rancangan Muzik Muzik semasa pencalonan lagu PUJAAN MALAYA...enjoyzzz!








untuk mengetahui pasal sejarah rancangan Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu...sila laa klik sini :


~Fade Out,
Fazo

1 comment: